Sunday 28 April 2013

bayar jangan tak bayar

Assalamualaikum.. moshi2.. :)
fuhhh *tiup habuk kat blog..
* ada kupu2 terbang..
punyalah lama.. beluncas pun dah jadi kupu2 pun tak berupdate..

maaflah ye kepada yang suruh update tapi saya malas nak update.. hee.. :D
kesibukan melanda tahap gaban.. huhu

okay.. skip all that thing..
kisah kali ini adalah kisah zaman sekarang.. yang dimana semua orang akan ada bende nak dibayar kan?
haaa.. okay.. itulah tajuk kali ini.. hehe


semua orang kan mesti ada bende nak dibayar kan.. dengan itu.. kita kene clarify kan apa bende yang kita nak dibayar tu.. hehe..

okay.. seperti contoh la.. untuk kanak-kanak yang pergi ke sekolah.. mereka dibekalkan dengan duit belanja yang mereka akan gunakan untuk membayar keperluan-keperluan. Terutama sekali makanan.. waktu rehat kan? *angguk cepat.. :P.. time mereka nak beli makanan.. mesti mereka akan bayar kan? dan.. guna apa mereka bayar tu?

kalau jawapan anda air liur.. haa.. betol la sangat tu.. sangat betol.. ni hadiah dia

makan kaki.. :D

okay.. back to business , mestilah gunakan duit kan.. kalau tak ada duit.. semua bende tak jalan kan?
kadang bayar guna duit la.. itulah kisah zaman sekarang.. semua bende nak berbayar.. tapi.. perkara yang nak diketengahkan adalah.. pembayaran itu kepada bende apa? :D

perasan tak sekarang kan, kalau ada bende baik je.. mesti tak ada bayaran, percuma je.. contoh macam nak dengar ceramah ke, nak baca Al-Quran ke, dll. (okay memang la nak baca Al-Quran tu kene ada Al-Quran tapi kene beli sekali je, lepas tu tak ada nak bayar2 ke apa.. nak maju.. download dalam laptop.. free of charge), tapi kalau bende yang tak bermanfaat ke, mesti kene bayar.. tapi ada je orang yang beratur panjang nak buat bende tu kan.. seperti contoh, nak pergi tengok wayang. sanggup tu beratur panjang-panjang dan bayar mahal-mahal sebab nak tengok wayang, huhu.. tu baru wayang tak termasok lagi kelab malam, judi dll. (pandai2 la korang tambah )

tapi secara asasnya.. tak ramai nak yang pergi buat bende baik yang free of charge, dan mereka lagi prefer buat bende yang tak berapa nak baik dan ada yang terok pulak tu tapi mahal2. nak disenang kan cerita.. orang lagi ramai nak buat bende yang bagi mereka feel dan hilangkan tekanan serta buat mereka gembira.

tapi lupakah kita yang bahawa dunia ini hanyalah sementara dan tak kekal, hanyalah dipenuhi tipu daya dan penipuan. Kalau kita selalu buat bende baik, rasa macam tak ada orang nak support je ke apa tapi bila buat bende jahat je, ada je backup la itulah, inilah dan lain2.. tapi lupakah kita,

Nabi pernah bersabda,
 " Dunia itu penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir."(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, dan At-Tirmidzi dari  Abu Hurairah. Sahih Al-Jami' - 3412)

oleh itu, kita sebagai umat islam ni kenelah fokus kat akhirat lebih dari dunia ye, kita mesti nak jadi orang yang berjayakan.. dimana berjaya di dunia dan akhirat.. :D

okay, tak tahu kenapa menyimpang jauh dari tajuk.. haha.. 

tarik balik masok topik.. berkenaan pembayaran.. kita tengok je kan, bende yang mendatang kan kesukaan kegembiraan, kebahagian semuanya berbayar.. *okay tak semua, tapi mostly.. huhu*.. 

tapi pernah tak kita terfikir kat time akhirat nanti, kita pun kene bayar tau, lagi-lagi nak masuk syurga, dimana kita nak kan kebahagian, kesukaan, dan segala bende yang kita nak, dimana didalam nya semua adalah halal, nak arak selautan pun tak apa, time tu semua dah halal dah.. huhu.. tapi dengan apa kita perlu bayar? duit ke? ringgit malaysia? singaporian dollar? sorry bro, tak jumpa kat akhirat tu de.. yang kita ada bekalan untuk bayar ni hanya dua bende je.. dosa dan pahala.. huhu.. kalau kita cukup pahala, lebih banyak dari dosa, maka lepaslah nak ke syurga.. tapi terbahagi lagi tu.. huhu.. orang yang melintas nak ke syurga tu ikot timangan beza pulak tu.. sedihkan kalau bende yang kita nak sangat tu, tapi masalah nya kita tak ada duit nak bayar?  Inikan ulak SYURGA!!!.. lagilah sedih.. huhuu

dan tak susah pun nak kumpul pahala ni.. cuma susah nak buat je sebab memang susah nak suka kat bende baik ni.. tapi bende yang paling penting kene jaga adalah SOLAT!!.. huhu 

Sembahyang merupakan jaminan masuk syurga.
 Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Lima sembahyang yang diwajibkan Allah atas hambaNya maka barangsiapa yang menegakkan sembahyang itu  dan tidak mensia-siakannya kerana mengaggap ringan dengan kewajipan sembahyang itu, maka ia telah memiliki janji dengan Allah, bahawa Allah akan memasukkannya kedalam syurga. Dan barangsiapa yang tiadalah ia mempunyai janji dengan Allah, jika Ia kehendaki Ia siksa dan jika Ia kehendaki akan dimasukkanNya kedalam syurga".

oleh itu mari kita sama2 jaga solat kita dan disamping itu kita boleh touch up sikit dengan perkara2 lain.. :D..
InShaAllah, dapat kumpul pahala banyak2 nak bayar untuk masok syurga nanti ye.. :D.. huhu.. 
okay.. tu je kot nak sampaikan.. nilah jadinya kalau bagi blog untuk saya tulis

habis merapu2 dijalan nya dan segala aspek nak cerita.. haha.. hadoi~

*adaptasi dari terdengar cerita dimana seorang sheikh ni dia pergi ke tandas dan dia dikenekan bayaran, lalu serta merta beliau terus menangis sambil bekata "inikan tempat yang hina sudah dikenakan bayaran, apatah lagi syurgaMu yang indah lagi menawan Ya Allah." *sila sentap sekarang.. huhu.. :'(

6 comments:

  1. assalamualaikum.
    wah.setelah sekian lama menyepi, akhirnya ber-update jugak blog ni :3

    serious sentapp ! <--- ayat last skali tu

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam..
    haha.. well.. kesibukan melanda.. huhu..

    yeay!!.. ada orang sentap.. :D

    ReplyDelete
  3. sentap sekarang takpa. jgn tak tersentap. :)

    ReplyDelete
  4. hehe.. yeay!!.. :D
    haha.. >_<

    ReplyDelete
  5. beluncas nak jadi kupu2 seminggu je. hehe :p

    ReplyDelete
  6. haha.. ni spesis baru.. dia lama sikit nak jadi kupu2. :P

    ReplyDelete