Wednesday 6 February 2013

Bercucuk Tanam

Assalamualaikum dan moshi2..
Fuhhhhhhh~~ *gaya tiup habuk tebal 4 inci*
lama betol tak update blog.
-_-

banyak je bende nak update..
dan pemikiran banyak je nak tulis..
tapi alangkah syaitan2 yang banyak membisikkan kata2 untuk tidak
sebenanye malas je.. okay.. back to the main point.

ada satu masa tu.. kita tengah scroll gtalk member
sekali jumpa satu status yang cukup menarik perhatian
''apa yang kau tanam, itu yang kau akan tuai''

hee.. sangat mantap..
tapi.. tetiba terlintas la dalam kepala otak kita yang entah merapu apa entah..
sebuah cerita pekebun..

okay.. bermulalah kisah cerita dia ye.. hehe

Ada seorang pekebun ni.. nama dia PakChe..
Beliau ni ada banyak tanah yang boleh diusahakan..
Alhamdulillah.. pakcik ni.. seorang yang rajin..
dia banyak mengusahakan tanah beliau..
beliau tanam terung, jagung, pisang, durian,
rambutan, cempedak, manggis (lama tak makan.. nyum2.. eh.. lari story lak)
dan segala jenis pokok2 yang boleh berbuah la..

kemudian.. pakcik ni tiap2 hari jaga dia punya tanaman.. setiap satu.. *mantap*
dan pakcik ni dah yakin, suatu hari nanti.. dia akan dapat tuai hasil tanaman dia ni dengan banyak..
*kire dia akan hidup senang la lepas tu*
hari berganti hari,
minggu berganti minggu
bulan berganti bulan..
dan tahun berganti tahun
*tak tahu asal lama beno pokok ni nak besar.. hee*
dari anak pokok yang kecik pakcik tu tanam..
sekarang dah besar..
siap berbunga dan ada separuh yang dah berbuah..

kemudian masa2 yang ditunggu2..
buah PakChe ni dah berbuah.. semua nye ranum2 dan masak2..
semua tu dapat buat pakcik tu hidup senang..

kemudian.. datang beberapa orang pakcik lain ni..
datang.. menagih hutang beliau yang beliau gunakan dalam hidupnya..
kemudian.. seorang demi seorang datang menagih hutang beliau..
beliau bayar dengan buah2 han yang ada.. huu
PakChe tersebut sangkakan.. dengan tanaman yang banyak beliau usahakan..
beliau akan dapat bersenang-lenang di kemudian hari..
tapi sangkaan nye meleset..
saban hari.. ramai la pulak orang yang menagih hutang..
dan saban hari.. tanaman beliau yang beliau ada.. semakin hari semakin sedikit..
hinggalah beliau habis kesemua tanaman beliau..

tapi.. masih ada orang yang datang menagih hutang.. nak dibuat cerita..
pakcik2 lain yang datang menagih hutang ni.. pun ada hutang jugak..
lalu.. pakcik2 ni pass la dekat PakChe..
kemudian.. PakChe ni tak ada pape dah.. melainkan hutang2 yang perlu diselesaikan..

*cari ibrah dari cerita yang direka oleh orang yang suka merapu ni*
siapa faham cerita ni..
Alhamdulillah.. baguslah..
siapa tak faham.. buat2 faham la ye.. muehehe.. >_<

p/s: think outside the box.. hehe.. :3

itu sahaja.. have a nice day
Assalamualaikum~.. :)

2 comments: