Sunday 17 June 2012

On The Way Balik U

Assalamualaikum and moshi2..
(bosan asek hye je.. XD)
okay.. mungkin da lama aku tak update, tapi nak buat macam mana kan..
bnyk alasan yang boleh diberikan..
seperti contoh:

1. Malas

2. Malasss.

3.Malasssss. haha..

agak malas la sebab nak kena bukak laptop, tunggu loading..
then nak tunggu idea mendatang.. n bla bla bla.. hee..

so tetibe rasa rajen lak malam ni.. so tu yang tulis..
okay.. back to the main topic okay..
hari khamis lepas aku balik rumah,
servis kereta, jumpa family tersayang..
1 bulan tak jumpa.. haha.. ibu da complain dah..
bila lah nak balik ni.. dan akhirnya balik la jugak.. hee

skip that part.. moving on to the tittle part..
okay.. time balik tu aku konvoi dengan Faris, dak CE..
dia bawa kereta baru dia.. Saga FLX - NCR 4757
(jangan tanya macam mana boleh hafal no tu.. haha.. )
pewittt.. meletop la faris lepas ni..
da la ada  kereta, hensem lak tu.. hee.. XD
okay.. jauh da meracau ni..

time balik tu.. aku bukak la radio kan..
dengar la lagu2 sume.. tapi lepas tu..
dalam kol 8.50++ la.. da nak isyak, (aku da jamak okay.. :P)
biasa la kan dengar macam2 tazkirah kan sebelom azan, tapi
sebab kan time tu hari sabtu, lepas azan tu, dyeorang kumpul kan tazkirah2 yang penberi tazkirah tu da bagi..
pemberi tazkirah untuk radio sinar.fm adalah Ustazah Nor Bahyah,
time tu beliau memberi tazkirah pasal ibu..
macam2 la beliau beri.. memang menusuk kalbu la.. huhu
tapi yang paling best dan buat aku menangis.. err terharu.. hee
dia cerita kan.. pada Zaman Rasulullah dahulu,
Nabi Muhammad S.A.W hendak berjuang dijalan Allah..
ada seorang pemuda ni, dia bertemu dengan Baginda,
lalu menyampaikan hasyrat beliau untuk berjuang bersama Baginda di jalan Allah S.W.T
dan tanpa Baginda tak tanya beliau sihat ke, bersedia ke, dan dll.. tapi Baginda bertanya,

adakah engkau punyai ibu dan ayah?
pemuda tersebut menjawab,
ayah aku telah tiada, tetapi aku punyai seorang ibu yang tinggal seorang dirumah..
kemudia Nabi bertanya lagi,
bagaimanakah keadaan ibumu ketika kamu hendak datang berjumpa dengan aku?
pemuda itu membalas,
ibuku menangis dan merasa sedih dengan pemergian ku.
lalu Baginda berkata,
maka pulanglah dan berbaktilah kepada ibumu..

(sedih sebab membayang kan ibu aku sendiri menangis sebab aku.. huhu.. :'( ..)
huhu.. lepas tu dyeorang pasang lagu Umi pulak..
huuu.. sebak hati ini.. huu..

sesungguhnya wahai kawan2 serta insan2 yang bergelar anak dan mempunyai ibu bapa,
tidak kisah ibu bapanya masih hidup ataupon meninggal dunia, ingatlah tanggungjawab kita sebagai seorang anak.. ;')

sedikit hadis,

     Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya seseorang akan diangkat darjatnya di syurga maka dia berkata: Wahai Tuhanku, dari manakah semua ini untukku?" Maka diajawab: "Daripada permintaan keampunan anakmu untukmu" - (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi).
     
     Daripada Anad bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambah rezeki maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya serta menyambungkan silaturrahim" - (Riwayat Ahmad).


      Daripada Anas bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya : "Siapa yang menjadikan ibu bapanya redha, maka dia menjadikan Allah redha dan siapa yang menjadikan ibu bapanya marah maka dia telah menjadikan Allah marah (kepadanya)." - (Riwayat Ibnu Najar dalam Tarikh Baghdad).

ada banyak lagi hadis.. kalau nak baca la..
dekat       SINI.

k la ye, sekadar mengingat kan kawan2..
kalau dah lama tak contact ibu bapa tu..
contact la.. mana la tahu..
ajal ini ketentuan Tuhan, 
so sebelum Nikmat ini ditarik balik, maka bersyukurlah dan hargai lah mereka..
dan jangan lah takut nak tunjukkan kasih sayang kat mereka,
nak peluk2 ke, cium2 pipi ke..
lantak pi la kat orang nak cakap apa..
yang penting, kalau ibu bapa sayang dan redha kat korg..
sapa yang untung.. korg jugak kan.. ;)

k la ye.. sekian sahaja..
have a nice day people..
(-.-", abes rojak bahasa.. haish)