Tuesday 25 December 2012

Beriman

Assalamualaikum..
dan salam sejahtera diucapkan..

kita hanyalah nak berkongsi sedikit ilmu yang kita dapat ketika ceramah agama ketika selepas maghrib tadi.. :)

seperti mana yang kita biasa tahu.. Rukun Islam ada 5
dan antaranya adalah:

1 - Mengucap Dua Kalimah Syahadah
2- Menunaikan Solat
3- Berpuasa pada Bulan Ramadhan
4- Mengeluarkan Zakat
5- Menunaikan Haji

tapi bukan kisah ni yang kita nak share.. haha.. >_<
perkara yang hendak di kongsi adalah Rukun Iman
Rukun Iman ada 6 dan antaranya adalah : -

1- Beriman kepada Allah
2- Beriman kepada Al-Quran
3- Beriman kepada Nabi 

4- Beriman kepada Malaikat
5- Beriman kepada Hari Akhirat
6- Beriman kepada Qada dan Qadar

hee.. so.. pada ceramah tadi.. ustaz tadi menyentuh rukun Iman yang ke 6, beriman kepada Qada dan Qadar Allah..

ustaz tu cakap.. orang zaman sekarang ni.. rukun Iman yang 5 tu ramai yakin.. tapi yang ke 6 ni susah sikit..
sebab apa? haa.. meh ese cerito kojap ha..

begini kisah dia.. ada seorang perempuan ni.. dia ustazah. tapi dia tak adalah belajar tnggi-tinggi.. setakat biasa-biasa je dalam bab agama.. tapi ilmu agama dia boleh dikira bagus lah
sebab dia ni rajin membaca buku agama, jadi ketua usrah, selalu buat usrah dan macam2 lagi lah..
orang perempuan pun selalu je minta dia jadi rujukan..

nak dibuatkan cerita.. ustazah ni pun kahwin dengan seorang lelaki.. lama-lama dah kahwin..
baru ustazah tu tahu.. sebelum dia berkahwin dengan suami dia.. dia dah berkahwin..
kira ustazah ni jadi madu la.. ustazah tu punyalah marah..
tahu ustazah tu buat apa?
mula dia cuba minta fasakh.. tapi tak berjaya
sebab suami dia cukup beri nafkah semua..

kemudian.. dia minta cerai dengan suami dia
tapi suami dia tak nak sebab dia ese tak tahu lah..

KEMUDIAN!!!..
ustazah tu cakap sesuatu.. huhu

kalau macam tu.. aku murtad je lah..
nanti kita cerai lah kan..
nauzubillah min zalik

ustazah tu dah bagus dah dalam semua.. tapi dia terlupa..
atas sebab satu bende je..
dia murtad.. huhu

bukan kah didalam Al - Quran,
surah Al-Baqarah, ayat ke 216, yang mahfum nye adalah

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

bukankah Allah telah kata begitu.. kenapa kita nak marah2 semua lah.. kita harus bersangka baik dengan ujian Allah.. kerana Allah hadirkan ujian kepada orang yang Dia sayang..
oleh itu tuan-tuan dan puan-puan..
mulai sekarang.. belajar lah tanam dalam diri tu sifat berlapang dada dan bersangka baik ye..
setiap perkara yang berlaku ada hikmah nya

haa.. lebih kurang tu lah cerita dia.. ada lagi lepas tu..
tapi lepas tu adik kecik merengek nak balik rumah lapar nak makan.. -_-..
so kene lah hantar balik rumah..
terlepas lah ceramah agama malam tadi..
tapi dapat dengar sekejap pun jadilah kan..
so.. alang-alang dah dengar tu.. kita share lah kat sini..

semoga perkongsian kita ni memberi manfaat..
In Sha Allah.. :)

sekian.. wabilahitaufiq wahidayah,
Assalamualaikum.. :)

Tuesday 11 December 2012

bukan..

bukan niat ku..
untuk menolak sebuah tawaran yang diberikan
walaupun niat tawaran tersebut cukuplah baik niatnya

tapi apakan daya
tawaran baik mu ku tolak
bukan niat ku memusnahkan harapan sucimu
apakan lagi untuk melukakan hatimu

yang dimana tuan empunya badan
amatlah baik akhlak dan agamanya

maafkanlah aku
kerana aku jugak mengerti perasaan kecewa
dan juga perasaan ditolak

tapi oleh itu
aku memberi sedikit pesanan
berilah hati mu kepada-Nya
sesungguhnya, Dia akan menjaga hati mu

serta berilah sepenuh usaha daya mu
dalam memperbaiki diri yang serba kekurangan
In Sha Allah, akan dihadirkan
seorang peneman setia buatmu

jodoh sudah ditentukan
dan ianya rahsia Dia..
serupalah juga dengan
Ajal kita