Sunday 4 March 2012

cuaca tak menentu~

Assalamualaikum dan helllo..
ok.. post kali ni nak menceritakan pasal cuaca sekarang.
di tronoh.. >_<
asek hujan dan panas yang tak dijangka..

tengah hari panas semacam..
lepas tu.. petang hujan bagai nak rak..
so didalam keadaan yang tak diduga ini..
kepanasan yang membahang..
dan time hujan yang sangat sangat sangat.....
membuat mata terkulai layu..
lalu berdengkur laa untuk kebanyakan orang... hee
(tak ada motif nak tulis apa.. haha)

dipendek kan cerita.. kat sini cuaca selalu nye panas je manjang..
tapi bila masok musim macam ini..
badan akan jadi tidak biasa dengan keadaan cuaca..
lalu mengakibatkan chain reaction terhadap insan2 yang berada di sini..
(-.-, term nak baku abes je aku nie.. haish.. moving on..)

so ramai la orang kat sini yang kene selsema..
dan boleh buat lagu kot dengan bunyi soksek2 orang sedup ingus.. haha
(geli tol..)
pastu dengan tambahan batuk2 lagi.. (biasa la da mucus2 yang da terkumpul tu korg sedut2.. masok dalam tekak.. tersangkut.. jadi la batuk or kahak.. uhuk2..)
then nak up sket.. ada la orang2 yang terkena demam..
(termasok la aku sekali.. )

tapi disebalik perkara2 tu.. ada hikmahnye..
kan sakit2 kecik tu penghapusan dosa2..
so kita kene bersyukur kerana Allah S.W.T memberi kita peluang untuk menghapus kan dosa kecil kita.. demam termasok ok..(Alhamdulillah)..
satu lagi.. Allah S.W.T nak kita bersyukur.. mungkin sebelom nie kita tak pernah bersyukur sebab ada tubuh badan yang sihat.. so Allah tarik balek nikmat tu sekejap.. nak kita sedar.. kita hanyalah insan yang lemah.. :)
serta nak 'test' kita sikit..
nak tengok.. time kita sakit2 nie.. apa yang kita ingat..
ke ingat ni sebagai bende yang bermsalah.. atau kita sabar dan tabah menghadapinya.. :D

dan satu lagi adalah pasal kalau orang tak sihat je kan..
tak kisah la demam, batuk, selsema, sakit kepala..
mesti suro telan panadol sebiji..
-.-".. trend ke apa telan panadol sebijik..
(i hate taking panadol.. >_<)
me no gusta taking that.. haha..
i rather eat normally, drink alot of water, (kalau pekena air kelapa muda shedapppp.. hehe)
dan dapat rehat yang cukop.. lagi elok.. dan jimat.. hee

tapi pape pon..
kepada yang tak sihat tu.. jaga2 diri ye.. minum air bnyk2.. :)
dapat kan rehat yang cukop..
kepada yang sihat tu.. Alhamdulillah.. bersyukur lah keatas kurniaan Allah S.W.T.
kepada yang terlebih sihat tu.. err.. bnykkan berjogging?? hehe.. (sekadar menasihat ye.. :D)

sekian sahaja.. daa..
dan Assalamualaikum~