Friday 17 May 2013

meja makan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan hola.. :D

okay, berkaitan tajuk malam ini,
pernahkah anda, ketika anda makan bersama keluarga..
adakah keluarga anda akan bercakap-cakap ketika makan atau keluarga anda akan senyap dan menikmati makanan sahaja?

kalau amek yang first tu, bagus.. kita ada geng nampaknye.. hehe
kalau yang 2nd tu pulak.. hambarrr. :P.
just kidding, hehe..
tapi mostly bagus kalau selepas makan tu, kita berborak2.. :)

okay.. (-.-" dah dua kali "okay" dah ni) hee..
time dinner haritu, kami orang semua tengah berbual-bual pasal macam-macam la..
ada tu teringat kat kak lang, perangai dia yang membuatkan kami tak pernah kering gusi,
i think he inherited from my dad.. hmm.. well
moving on..
selalunya dalam keluarga saya, ayah yang jadi punca kitaorang gelak.. sebab ada je lawak dia..
lepas tu lama kelamaan, saya pulak yang tukang buat lawak.. then sambung dengan alang pulak..
uuuu.. rindunya family makan ramai-ramai. *tetiba.. haha..
time tengah makan tu.. tetiba adik-adik saya berkata..
wahh rindu along kecik-kecik dulu.. comel sangat..
mata besar, pipi tembam.. comel.. *time ni tengah kembang nak meletop dah.. haha..

haa.. sila geram sekarang ye.. hehe

but then..

sekarang.. puihhh.. tak comel dah*kurang gula.. lepas ni kene tambah gula dalam air.. :P

lepas tu ada suara-suara sumbang..
memang la dah tak comel.. sekarang hensem dah.. haha
*sila muntah sekarang.. haha.. >_<

dah besar-besar ni dah tak comel kan? hee..
nak buat macam mana.. dah Allah buatkan kita muka macam tu..
kita kene pasrah dan redha.. :D..

berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat ke 216,

mahfumnya yang bermaksud:

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


hee.. okay, part yang nak dihighlightkan adalah mungkin yang biasa kawan-kawan dengar iaitu part, "boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu" :)..

so bagi anda sekalian semua.. kita semua memang dilahirkan comel dan tembam.. aa.. geram.. haha
tapi itu adalah disebabkan kita dalam keadaan bayi dan suci.. :) dimana tak ada sedikit dosa pun dalam diri kita.. dan kalau seseorang itu mati dalam keadaan bayi, dia akan masok syurga.. :D..
dah besar-besar ni je banyak dosa.. huhu.. :'(
tak tahu la mana kita masok nanti kan..
huhuhu.. *air mata macam air terjun dah.. huhu

pernah tak korang perasan beberapa orang individu ni yang kadang kalau sepak kucing sebab jijik ada kurap, cedera sana sini, tak ada mata la, kustu masai, dan lain lain..

kadang halau la time kucing-kucing ni mintak makanan..
kalau halau secara baik tu boleh terima la.. ni sampai macam..
caci maki la, sepak bagi jauh sikit..
hmm..

pernah tak korang terfikir,
binatang yang korang sepak dan caci tu..
dia adalah binatang yang rajin berzikir dan beribadah kepada Allah..
nak dibandingkan dengan kita? berzikir 100x sehari pun belom tentu lepas entah tidak..
*sama lah orang yang tulis post ni.. -.-".. huhu
so pengajaran yang boleh diambil dari sini.. sayangilah kucing-kucing yang ada..
jangan di caci dan disepak terajang semua.. *sama lah dengan binatang-binatang lain.. :D

ops.. jauh jalan dah... okay.. tarik balik masok topik..
okay.. time dah besar kan dah tak comel kan? tapi mungkin ada yang lawa ada yang kurang lawa.. dan ada yang hensem dan ada yang kurang hensem.. :D..

tapi berlapang dadalah.. lihatlah dari aspek yang kita tak boleh nak agak..
hee.. mungkin kita ni orang yang kurang hensem dan kurang lawa..
kita boleh pandang dari aspek, nanti boleh la tahu orang ni berkawan dengan aku bukan sebab paras rupa.. bagi yang dah berkahwin, bukan berkahwin sebab paras rupa.. haa.. :D

kan ada kebaikan tu.. boleh la fikir sendiri-sendiri..
cuma kita kene banyakkan optimist. berfikiran positif..
bukannya pessimist.. orang yang selalu berfikiran negatif je keje.. @_@..
bukan tak boleh, kita kadang-kadang kene jugak ada fikiran macam tu..
supaya kita akan prepare for the worst kan? :D..
tak semua baik je.. bersederhana.. haa.. tu paling senang..
tapi paling terbaik.. adalah pandang semua perkara tu adalah ketentuan Allah
dan kita berlapang dada dengan segala perkara yang berlaku.. ;)

okay.. tu je kot buat post kali ni..
mengantok lak pulak.. hee.. >_<
selamat malam semua..
assalamualaikum


Sunday 12 May 2013

Hadapi~

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.. dan konichiwa.. :D
semoga si pembaca-pembaca yang tengah membaca dalam keadaan sihat sentiasa.. :)
kalau tak dalam keadaan sihat,
padan muka!!.. haha..
okay gurau-gurau sahaja ye.. hehe
syafakillah.. semoga cepat sembuh.. :)

p/s: jangan lah merungut ye kalau tak sihat, sebenarnya Allah hendak memberi keampunan dosa kepada kalian semua..
 bersesuaian dengan hadis Baginda

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hambaNya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya. (H.R. Al-Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda: Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka. (H.R. Al-Bazzar)

Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi. (H.R. Muslim)

banyak dah bagi tu.. hehe.. so kalau dalam keadaan sakit pun, ucaplah alhamdulillah.. :)..

tak tahu kenapa starting new post je mesti ada lari tajuk.. -.-"
okay~
back to the topic, 
hadapi~.. hee
sebenarnye ini ditujukan kepada kawan-kawan dan sahabat saya yang berada diluar sana yang sedang nak ambil peperiksaan, atau pun memang tengah peperiksaan.

terutama kepada adik-adik saya yang sedang mengalami peperiksaan pertengahan tahun dan nak final exam, serta kepada to a certain someone.. hee.. buat yang terbaik ye.. i know you guys can do it. just believe in yourself.

kepada yang ada darah gemuruh nak masok dewan peperiksaan tu, banyakkan berzikir dan berselawat, In Sha Allah, hati akan tenang bila kita sering mengingati Nya.. :).. serta jangan lupa untuk tarik nafas dalam-dalam, kasi cukup oksigen sampai ke otak..  :)
oh lupa.. jangan lupa lepaskan pulak nafas tu.. kang asek tarik je kang.. bila pulak nak lepasnye kan? hehe.. tarik sampai biru pulak, kang bum, pengsan.. hee..

back on to business, selepas kita dah berusaha dengan bersungguh-sungguh..
jangan lupa tawakal.. :).. 
jangan tawakal je usaha tak ada.. -.-"..
ini telah diceritakan oleh Baginda dalam sebuah hadis :

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, bahawa pada zaman Nabi Muhammad SAW dulu, ada seorang Arab Badawi yang datang ke masjid dan meninggalkan untanya tanpa diikat. Kemudian dia terus masuk ke masjid dan menganggap tindakannya itu sebagai tawakal kepada Allah.

Rasulullah yang melihat kejadian berkenaan segera datang kepadanya dan bersabda: “Ikatlah unta itu dan bertawakallah kepada Allah.”

dengan itu, selepas berusaha barulah bertawakal.. :D.. time tawakal ni, banyakkan berdoa ye kalian semua, semoga dilembutkan hati penanda, semoga ditenangkan hati penanda, waktu dia bukak je kertas jawapan kita, tetiba dia sejuk je rasa dan tenang je.. In Sha Allah, dia akan.. tidak hilang pertimbangan dalam memberi markah kepada kertas jawapan kita.. >_<
*harap-harap tak ada yang doa supaya penanda salah bagi markah..
kalau dia bagi salah bagi markah lebih tu.. jujurje lah mengaku.. 
berkata lah benar walaupun pahit.. :D

Dari Abi Zar Al-Ghiffari katanya: Kekasihku s.a.w telah memerintahkan agar aku berkata benar walaupun ianya pahit. (H.R. Ahmad)

siapa nak kan markah rendah, tapi apa guna markah tinggi kalau bende tu bukan kita punya? hehe..tapi pokok ke' ekau la.. ekau punya tuan badan.. :)

hee.. mungkin itu lah sahaja yang hendak dimengarutkan disini.. *not sure if that is a word or not.. -.-"
hee.. yang terakhir sekali sebelom saya lupa, sedikit kata-kata semangat untuk yang bakal menempuh pelbagai cubaan dan dugaan dalam hidup..


p/s: *terima kasih untuk bookmark ini ye.. :D

sekian terima kasih,
wassalam